Pernah jumpa buku bestseller ini?
Buku ini bertajuk 'Everything Men Know about Women' dan mengandungi 128 mukasurat kosong.
Dalam semua-semua majalah atau buku yang aku pernah baca dan pengalaman yang aku pernah lalui atau cerita yang aku pernah dengar, dua perkara ini yang paling banyak membantu aku memahami perbezaan antara lelaki dan perempuan:
1. Kenapa lelaki tak akan mendengar jika perempuan mengubah topik.
Perempuan ada
2. Otak lelaki dan perempuan berfungsi dengan cara berlainan when it comes to love and sex.
Otak lelaki memproses cinta dan seks dalam dua kawasan otak yang berlainan, manakala otak perempuan hanya ada satu kawasan untuk kedua-duanya. Jadi, secara saintifik, lelaki boleh meniduri perempuan lain dan masih mencintai kamu, tetapi perempuan tak boleh membuat perkara yang sama tanpa emotional attachment.
Aku rasa banyak masalah hubungan timbul dari fakta ini. Lelaki biasanya mahukan seks dan perempuan tak mahu, tetapi perempuan itu masih lead him on.
Bagi lelaki seks itu sesuatu yang fizikal. Bagi perempuan ianya lebih kepada emosi.
Bagi perempuan, ia lebih kepada mahu merasakan dirinya dimahukan dan cukup seksi. Sebab itu sudah mencukupi bagi seorang perempuan jika lelaki itu selalu memberitahu perempuan itu sangat hot dan selalu memujuk wanita itu untuk have sex. Lelaki pula selalunya mahu go all the way.
Aku rasa kebanyakan perempuan tahu juga tentang perkara ini. Sebab itu ada perempuan tak kisah membuat oral seks, lantas memberi harapan palsu dan lead on lelaki mereka gila-gila sampai lelaki itu tak tahan dan merayu-rayu, lepastu berkata,
"Sayang, I’m not ready yet."
takpun tiba-tiba,
"I penat lah/ sakit kepala lah. Kita sambung esok je lah."
Tak baik dowh. Tak baik lead on laki macamtu semata-mata nak rasa berkuasa dapat memanipulasi nafsu lelaki. Mentang-mentanglah kita ada banyak nafsu dan nafsu mereka hanya ada satu dan tertumpu atas perkara itu.
Aku juga tak suka lelaki yang memanipulasi wanita untuk mendapatkan seks. Aku tak suka lelaki yang mendera mental wanita dengan menggunakan reverse psychology dan membuatkan perempuan itu rasa tak cukup seksi kalau tak buat seks dengan dia. Tak pun lelaki yang mengambil kesempatan atas wanita yang dikaburi emosi dan mengugut bahawa kalau tak buat seks dengan dia, akan ditinggalkan.
Bukan salah lelaki dicipta untuk menjadi visual dan terlalu dahagakan yang fizikal. Bukan salah perempuan dicipta kadang-kadang terlebih emosi dan selalu perlu tahu mereka mencukupi.
You don’t have to do what you don’t want to do. And don’t start something you can’t finish.
Sambungan…
3. Kebanyakan lelaki tak boleh multitask dan perempuan boleh.
Aku perasan lelaki biasanya tak boleh membuat lebih daripada satu perkara pada suatu masa. Perempuan pula boleh membuat 3 perkara pada masa yang sama. Dan aku rasa semua orang pernah dengar pasal contoh perempuan yang tak dapat divert attention teman lelakinya yang sedang menonton perlawanan bola sepak.
Aku rasa ramai perempuan tersalah anggap bahawa ini sebab boyfriend mereka lebih berminat tentang bola sepak daripada mereka. Tapi aku rasanya penjelasannya lebih mudah. Point nombor dua aku mengatakan lelaki ada bahagian otak yang berlainan untuk perkara yang berbeza. Aku rasa begitu juga dengan perkara-perkara lain.
Perempuan pula lebih mementingkan details dan connectivity. Mereka suka mengaitkan segala perkara dengan each other.
Kiranya macam otak lelaki ini umpama almari yang ada 10 laci, otak perempuan adalah almari dengan 1 laci besar yang tersusun.
Sebab ini juga perempuan suka mengungkit dan cepat terasa. Kalau sesuatu couple itu bergaduh dan si lelaki mahu bermanja-manja pada malam itu, kemungkinan yang perempuan masih akan marah kerana teringatkan kejadian siang itu.
Yang lelaki sudah melupakan hal itu kerana fikirannya sudah switch off kejadian siang tadi setelah pergi kerja atau jumpa kawan-kawannya. Kiranya mereka sudah tutup laci siang tadi.
Perempuan juga lebih banyak bertutur manakala lelaki lebih bersifat monosyllabic. Perempuan secara umumnya akan maintain eye contact yang lebih lama daripada lelaki, membuatkan lelaki berasa seperti mereka sedang diperhatikan di bawah miskroskop. Perempuan pula akan berasa bahawa seperti tak berapa diendahkan kerana lelaki akan jarang memandang mereka ketika mereka sedang bercakap.
4. Perempuan Suka Buat Benda Beramai-ramai.
Aku rasa kebanyakan perempuan memang suka travel in packs. Kalau pergi tandas pun kena pergi sama-sama. Kita pun dah expect perempuan macamtu. Lepastu wujud pula stereotaip lelaki perlu masa untuk bersendirian dan tak suka dikongkong. Memang kalau lelaki makan di restoran sorang-sorang, orang tak hairan. Tetapi kalau perempuan berbuat begitu, mesti akan dapat pity looks. Dan pada pemerhatian aku, perempuan ini suka berpuak-puak, manakala lelaki boleh get along dengan semua lelaki yang lain, cuma tinggal rapat tak rapat saja. Tapi kalau aku perhatikan betul-betul, memang ada tanda-tanda kalau seseorang lelaki tak suka lelaki yang lain, cuma lebih subtle. Dengan perempuan lebih terang- senyuman terpaksa, ayat-ayat sinis, jelingan tajam dan suara yang tinggi. Rrrrriaww!! (bunyi kucing mencakar).
Of course, semua ini tak apply pada semua lelaki dan perempuan. Sebab aku sendiri tak suka buat benda beramai-ramai (rimas) dan tak pandai multitask. Aku juga sangat aware tentang kewujudan perempuan seperti Samantha dalam Sex and the City (aku suka watak dia sebenarnya) dan lelaki yang terlebih banyak bercakap (so unbecoming for a man!- pada pendapat aku lah). Cuma point nombor 1,2 dan 3 kononnya sudah dibuktikan secara saintifik. Jadi aku rasa, hubungan yang berjaya mesti terdiri daripada pasangan yang pandai berkomunikasi.
[Reference: http://magenta-made.blogspot.com/2008/10/apa-yang-lelaki-tahu-tentang-perempuan.html]
8 things were said:
waw.. first time entri ko dalam bahasa melayu.. haha..
hmm overall aku setuju ngan ko..
good post actually:)
"anas afifi likes your post"
haha. tu kalo fb dorg tulis cmtu la kn? heh.
btw. aku nk repost link ko kt blog aku. org kata. share2 ;)
two thumbs up, a very good entry.
BEST laa rayza.
thx 4 da info. ^_^
good one. ^_^ i have to wholly agree. haha
good info actually. for both. men and women. *like*
=) thanks...
sgt2 bgus~=)
Post a Comment